Media massa merujuk kepada
teknologi media yang bertujuan sebagai penghubung dan sumber maklumat kepada
orang ramai melalui pelbagai cara seperti televisyen,radio,akhbar,internet dan
sebagainya. Media massa juga memainkan peranan yang penting sebagai sebuah
institusi pembagunan islam di bangladesh
Islam
hari ini adalah sebuah agama yang sering disalah tafsir oleh masyarakat dunia. Hal
ini adalah disebabkan agama islam terpaksa menanggung beban salah faham dan
kebencian propaganda yang sering kali diwujudkan oleh Barat. Media massa
memainkan peranan yang penting sejajar dengan kepentingan politik serta ekonomi
dan ianya boleh mewujudkan salah faham di seluruh dunia. Walaupun agama islam
itu menggambarkan sesuatu yang indah dan menarik tetapi integriti dan
kebolehpercayaan itu telah dipintas oleh media dengan daya tarikan profesional
dan siasat. Pandangan Islam yang bijak dan sesuai jarang dibincangkan dalam
media arus perdana, manakala sesuatu yang tidak normal serta negative dan
menyesatkan umat Islam pula diketengahkan. Umat Islam tidak mempunyai apa-apa
kawalan atau pengaruh ke atas media khususnya TV, Mereka sebaliknya mempamerkan
sikap apologetik dan rasa rendah diri . Hari ini lebih 20,000 stesen TV ada
telah mendekati lebih 5 bilion orang di seluruh dunia . Pelbagai isu yang wujud
dan sering dipertontonkan kepada umum tentang agama islam itu sendiri dan
kadang-kala ianya telah diputarbelitkan faktanya hanya kerana propaganda mereka
untuk membuat liputan agar agama islam dipandang negatif oleh masyarakat dunia.
Penggabungan media skala global dalam industri telah membawa kepada menghadkan
pandangan yang mempunyai akses kepada media massa , khas sudut pandangan Islam.
Oleh
yang demikian pelbagai institusi media massa yang berteraskan islam diwujudkan
di Bangladesh dengan bertujuan memberitahu serta menyampaikan maklumat yang
benar dan sahih kepada masyarakat. Melalui medium ini setiap liputan yang
dilakukan tidak hanya berat sebelah kepada sesetengah pihak terutamanya pihak
Barat yang sering menyerang Islam sebagai sebuah agama pengganas. Di sini kami
menyenaraikan beberapa institusi media massa di Bangladesh yang berkonsepkan
islam yang telah wujud sejak sekian lama.
2) Islamic TV Bangladesh - http://www.islamictv.com.bd/
3) Huda TV - http://tv-online.in/huda-tv
4) Islamic Radio Bangla - http://www.irb24.net/
5) Radio Islam Bangla - http://radioislam.fm/
6) Bangladesh Jamaat e islami - http://www.jamaat-e-islami.org/en/
7) Islamic News 24 - http://islamicnews24.net/
8) Islamic Bangladesh - http://islamibd.com/home/
No comments:
Post a Comment