Zakat dari segi bahasa membawa maksud bersih, suci, subur, berkat, dan berkembang. Pengertian "bersih" dan "suci" dalam istilah zakat membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dendam dan dengki terhadap orang kaya. Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
- Allama Abul Khair Foundation (AAKF)
Allama Abul Khair Foundation (AAKF) adalah sebuah badan kebajikan sosial milik kerajaan yang berdaftar dengan organisasi kemanusiaan di Chittagong, Bangladesh. Yayasan ini ditubuhkan pada tahun 2004 dan menggunakan nama ulama terkenal di Chittagong iaitu Allama Abul Khair yang merupakan seorang lelaki yang terkenal dengan ilmu agamanya.Yayasan ini bergiat dalam usaha-usaha untuk menggalakkan pendidikan moral untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan terutamanya bagi wanita islam. Selain daripada komitmennya untuk kebajikan sosial dan tugas kemanusiaan, ia mempunyai program kebajikan khas untuk masyarakat yang terjejas kehidupannya kerana bencana alam, anak-anak yatim, balu, orang kurang upaya dan juga warga tua tanpa mengira kaum dan agama masing-masing.
Office : Allama Abul Khair Foundation, 107, Sahi Jame Masjid Complex, Anderkillah, Chittagong, Bangladesh.
Cell : +8801711 - 152226
Fax : +88-610170 , 610794
Email : < info@aakfoundation.org >/< aakfcharity@gmail.com
Website : http://aakfoundation.org
- Zakat Foundation Of America
Yayasan Zakat Amerika (ZF) adalah sebuah organisasi amal
antarabangsa yang membantu orang ramai yang memerlukan. Matlamat organisani ini
adalah untuk menangani keperluan segera dan memastikan rakyat yang miskin
di seluruh dunia dapat berdikari dengan adanya bantuan dari pusat zakat dan
sedekah yang diberi oleh umat islam serta sokongan penderma - penderma lain.
Antara tugas-tugas yang dilaksanakan oleh organisasi ini adalah seperti membawa
bantuan segera semasa dan selepas bencana, membina dan menyokong
sekolah-sekolah, membina rumah anak yatim dan klinik kesihatan, menyokong program
pembangunan masyarakat dan mikro-kredit, menyediakan "Ramadan Iftars"
dan pengedaran makanan, dan menyediakan daging segar untuk program - program
keagamaan seperti aqiqah dan sebagainya.Selain itu,antara tugas penting yang
dilakukan mereka adalah menjadi pusat pengedaran zakat di negara-negara
berkenaan.
Phone : 708-233-0555
Toll Free : 1.888.ZAKAT.US
(1.888.925.2887)
Fax: 708.233.0339
- Ahsania Mission Zakat Fund
Sebagai tambahan kepada pelbagai program pembangunan ,
Dhaka Ahsania Mission ( DAM ) telah menubuhkan "Kumpulan Wang Zakat "
untuk kebajikan rakyat dalam kalangan miskin tegar di Bangladesh. Zakat akan
diterima daripada individu dan organisasi yang akan digunakan semata- mata ke
arah pembangunan dan kebajikan rakyat miskin , seperti pilihan pembayar zakat.
Secara amnya, organisasi ini adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang
mempunyai aktiviti-aktiviti pembangunan pelbagai dimensi seperti program
pendidikan tidak formal , program penjagaan air , program tebatan arsenik ,
program kesedaran tentang HIV dan AIDS, Penjagaan Kesihatan Primer , Kursus
vokasional dan latihan kemahiran untuk kanak-kanak Kerja, bencana alam dan
banyak kawasan lain yang dilakukan program pembangunan dan sokongan kebajikan
serta perkhidmatan kepada rakyat miskin tegar di Bangladesh.
Office : Dhaka Ahsania Mission, House # 19, Road # 12 , Dhanmondi , Dhaka -1209 , Bangladesh
Cell : 880-2)8119521-22,9123402,9123420
Website : http://www.zakatdonation.org/
No comments:
Post a Comment